Monday, June 27, 2011

mari menjadi bintang!

 
bintang.cantik.berkelip-kelip menghiasi dada langit menemani sang bulan pada malam hari.dalam banyak-banyak bintang, pasti ada satu yang paling terang dan menjadi perhatian kita.

waktu kecil dulu, umur sekolah rendah, suka buat night safari kat luar rumah.cari ulat kat pokok bunga umi, suluh sana, suluh sini.tengok bintang.berebut bintang siapa paling cerah.hadeih.semua orang nak bintang yang paling cerah.rupanya, semua orang pilih bintang yang sama.memang semua yang paling cerah la.

waktu umur sekolah menengah pun, masih suka tengok bintang.tengok dari koridor.pernah hampar tikar kat dataran aspuri untuk study, baring tengok bintang dengan kawan-kawan.tapi time warden takde je boleh buat camni.ramai rupanya yang suka tengok dan jadi bintang ni.

sesetengah manusia suka berbuat suatu kebaikan untuk mencuri perhatian ramai.berbuat baik agar dipuji dan mendapat pengiktirafan dari rakan.berusaha menderma sana sini untuk memenangi hati rakyat.atau dalam kata lainnya, menjadi bintang di mata masyarakat sekeliling.siapa tidak mahu dirinya dikenali?

tidak salah berbuat begitu dan begini.tetapi, kenapa kita tidak cuba untuk put the same effort untuk menjadi bintang di mata ALLAH swt?

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

seharusnya, kita hanya memandang pada nilaian ALLAH semata.samada ALLAH suka dan redha ataupun sebaliknya.bukan pada nilaian manusia sekeliling kita.time sekolah dulu sir rushdi pernah berkata, biarlah satu dunia benci dan marah kita, tapi yang lebih penting ALLAH tak marah.ya! manusia sahaja hampir berbunuhan kerana marah apatah lagi ALLAH yang maha kuasa, yang ajal dan maut kita ditanganNYA.bila-bila sahaja nyawa kita akan ditarik.

biarlah kita tidak menjadi siapa-siapa di mata masyarakat dunia, tetapi ALLAH dan seluruh isi langit kenal dengan kita.macam kisah bilal b rabbah.suaranya dikenali seluruh isi langit.sehingga apabila beliau tiada lagi untuk melaungkan azan, malaikat turun bertanyakan ke manakah empunya suara?

tapi ini tidak bermaksud kita harus mengenepikan perasaan dan pandangan rakan lain dalam usaha kita mendapatkan redha ALLAH.adakalanya, nilaian manusia diperlukan kerana kita membawa syakhsiah islam.

"ada aku kisah? biarlah orang nak cakap apa, nak marah ke, nak terasa ke, aku peduli apa."

adakah ALLAH redha jika kita melukakan hati rakan kita.apatah lagi jika perbuatan kita memancing umpatan rakan lain.saya percaya, jika kita jaga hubungan dengan ALLAH, nescaya ALLAH akan jaga hubungan kita sesama manusia.tetapi sesungguhnya manusia itu tidak lari dari kesilapan.belajarlah untuk memaafkan kerana ketahuilah setiap kali kita memberi maaf, satu dosa kita akan terampun.subhanALLAH.

bukankah ALLAH itu maha baik? jom jadi bintang!

***

Man: “Darling, your teeth remind me of the stars.”
Woman: “Because they gleam and sparkle?”
Man: “No, because they come out at night!”

sourced from dentaltoons.com

Tuesday, June 21, 2011

dental humour


A little boy was taken to the dentist. It was discovered that he had a cavity that would have to be filled.

“Now young man,” asked the dentist, “”what kind of filling would you like for that tooth?”
“Chocolate please,” replied the youngster.

***
Patient: How much to have this tooth pulled?
Dentist: Two hundred dollars.
Patient: Two hundred dollars for just a few minutes work???
Dentist: I can extract it very slowly, if you like.

sourced from dentaltoons.com

 

Sunday, June 19, 2011

sepagi bersama bait al-amin

alhamdulillah.berkesempatan untuk turut meraikan kedatangan ahli bait al-amin ke teluk senangin anjuran HALUAN manjung, perak.mengikuti program seumpama ini mengingatkan penulis kepada program khidmat masyarakat yang dilakukan bersama rakan kampus.juga diceritakan di sini dan sini.bezanya, program hari ini lebih kepada program ramah mesra, bukan untuk promote oral health.

usai majlis pembukaan dan ucapan alu-aluan, aktiviti pun bermula.adik-adik ni menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi.sampai gaduh-gaduh.acara pertama, itik kopi.diorang kena jalan gaya itik menuju ke pinggan berisi gula-gula yang dicampur dengan tepung dan kopi.kesian jugak kat diorang sampai tersedak-sedak merasa kepahitan kopi.plan angah(panggilan untuk anak kedua pengasuh penulis waktu kecil) la semua ni.

acara sukaneka untuk budak lelaki.budak perempuan kena buat layang-layang.bukan buat je, kena naikkan jugak.ada layang-layang yang tak berjaya dinaikkan sebab strukturnya tak kukuh.maklumlah, bahan yang digunakan pun hanya lidi penyapu.ada jugak yang koyak sebab basah terkena ombak.cuba lagi eh.

oh.setiap kumpulan hanya dikehendaki membuat dua layang-layang dalam masa 45minit.nilaian dibuat berdasarkan kreativiti, kerjasama dan kebersihan tempat.markah bonus diberikan kepada kumpulan yang berjaya menaikkan layang-layang mereka.

acara tiup belon sampai pecah.acara ni pun kesian jugak.jenuh nak bagi pecah sebab tak pecah-pecah.semalam waktu teman angah beli barang, kitorang tak jumpa belon yang nipis.yang ada cuma yang tebal-tebal je.at last, beli jugak tapi yang saiz kecik je.itupun lepas diyakinkan oleh makcik jurujual kedai runcit.pandai makcik ni menjual.
acara tarik tali paling semangat.lepas lawan antara kumpulan, adik-adik ni lawan dengan kumpulan gabungan pakcik-pakcik dengan adik-adik yang bersaiz 's'.teka siapa menang? heh.mestilah kumpulan pakcik dan adik-adik 's'.
kali kedua, kumpulan adik-adik lawan pakcik-pakcik tanpa adik-adik 's'.pakcik-pakcik confident je.nanti ada yang tak puas hati kata mereka.teka siapa menang?
 kumpulan pakcik-pakcik diketuai abi-berbaju kuning

kumpulan pakcik kalah.haha.moral of the story, jangan cakap besar.uniknya permainan tarik tali ni, yang menang terlentang, kalah tertiarap.semalam cari tali dengan angah, tak sangka tali dijual ikut timbang.1 kilo, rm19.mahal kan.bukankah lebih senang jual ikut meter.tak faham.
teluk senangin belum begitu membangun.sesuai untuk mereka yang ingin mencari ketenangan.nora dan dib, macam mana dengan plan kita? two months left.
***
alhamdulillah adik sudah sembuh lepas lima hari demam.time teman adik ke hospital cek darah, jumpa dengan ustazah sekolah agama.ustazah asmah.masih maintain seperti dulu.adik janji nak belanja aiskrim sebab jaga dia demam selama seminggu.

"tapi, kalau kak mira nak pilih sendiri aiskrim, bawah dua ringgit tau.adik bukan banyak duit sangat"

tak kisah lah adik.dulu kak amni pun belanja kak mira aiskrim sebab teman dia stay up siapkan homework.
***
"dan ingatlah ketika Kami mengambil janji dari bani israil,'janganlah kamu menyembah selain ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin.dan bertutur katalah yang baik kepada manusia, laksanakan solat dan tunaikanlah zakat"...
surah al-baqarah:83

Thursday, June 16, 2011

contemplate and being thankful


alhamdulillah.mula kembali membaca buku yang dibeli di pesta buku tempoh hari.
1.bahagiakan hatimu oleh ibnu qayyim al-jauziyah
2.don't be sad by 'aaidh ibn abdullah al-qarni
rancangan asal ke pesta buku sekadar mendapatkan buku yang kedua.la tahzan in english.alhamdulillah, walaupun hanya satu kedai yang menjualnya dan kualiti buku tersebut pun tidak begitu memuaskan, ditambah pula dengan bilangan yang terhad, buku tersebut berjaya dimiliki selepas dua tahun menanti.target harus dicapai.buku yang first tu kira bonus la.

why in english? because i have to read it together with my mr.oxford which is very good to help me improving my english and it touches me more.and because of that, i dont think i can finish reading it within these two to three years.

***
contemplate and being thankful.
remember the favors of Allah upon you and how they surround you from above and below-indeed from every direction.you have at your disposal two eyes, a tongue, lips, two hands and two legs.
can you picture of yourself walking without feet? should you take it lightly that you slumber soundly while misery hinders the sleep of many? should you forget that you fill yourself with both delicious dishes and cool water while the pleasure of good and drink is impossible for some, due to sickness and disease? (heh.i got an allergy to seafood)

reading this paragraph do reminds me to a quote by -can't remember who-
ok.i can't remember the quote either.what a shame.but, the meaning should sounds this.
people keep talking on their ugly shoes they have to wear, and some would be sad not to have enough money to buy shoes for their own use.but me myself, never have a pair of legs to put the shoes on and even for walking.
astaghfirullah al'azim.

this quote was been introduced by my late teacher, allahyarham sir yahya ismail before starting our est class.he loves to give us a quote before started his class.really miss the under-tree-class we had together.

enough for today.i'll share another quote on some other day.insyaALLAH.

"pada hari kiamat, sudah tidak berguna lagi harta benda, anak-pinak kecuali orang yang datang menghadap ALLAH dengan hati yang sejahtera"
surah as-syura: 88-89

p/s: tidak menggunakan kata ganti diri 'penulis' lebih mudah, i guess.

Tuesday, June 14, 2011

genap seminggu..

baru dua hari menjejak kaki dirumah, penulis pergi bertamrin di perlis.menghadiri daurah rejab, yang dianjurkan khusus untuk para lepasan stam 2010 sebagai persediaan melangkah ke alam pengajian tinggi.setahun raasanya tidak menjejak kaki di bumi itu.baunya masih sama.cuma sunyi tanpa kehadiran penghuninya.cuti sekolah.

mendengar penyampaian dari ustaz omar hj.salleh bertajuk akhlak seorang da'ie membuatkan penulis mengimbau zaman persekolahan dulu.setiap hari sabtu, akan ada majlis ilmu umum(tapi wajib bagi para pelajar) yang dipanggil ijtima'am.tajuk-tajuk yang dikupas pun taklah seberat tajuk tamrin kali ni.lebih kepada perkara-perkara asas seperti ikhlas, riya', thaharah, syirik, akidah salimah, jahiliyah dan sebagainya.tapi penulis sekadar nampak ustaz dari jauh sebab pelajar lelaki yang memenuhi barisan hadapan.yang pasti, ustaz baca kitab sambil pejam mata.tapi dalam daurah tersebut, sampai boleh kira kedut di muka ustaz.ok, tipu je.jelas terpancar garis-garis usia di wajah ustaz dan masih seperti dulu, pejam mata sambil baca kitab.dah lama tak jumpa cikgu-cikgu.masih mengajarkah?

ok.berbalik kepada tajuk yang ustaz kupas.sebelum masuk kepada tajuk yang sebenar, ustaz ada menyentuh berkenaan kepentingan berdakwah.ye la.sebelum cerita tentang akhlak seorang da'ie, kena tahu dulu kepentingannya.dalam buku usul dakwah oleh dr. abdul karim zaidan, ada tiga kepentingan dakwah yang digariskan oleh ustaz.kenapa kita kena berdakwah, sebab..
1.membimbing masyarakat keluar dari kegelapan jahiliyah kepada cahaya hidayah ALLAH.
2.tidak membiarkan syirik, kufur, jahiliyah bermaharajalela ataupun berleluasa.
3.terhindar dari kebinasaan dan azab ALLAH swt.

ya.kemungkaran berlaku di sekeliling kita.dan kita tidak sekali-kali membenci pelaku kemungkaran tersebut.tetapi jangan pernah sekali-kali kita redha dengan kemungkaran yang dilakukan.apa yang kita buat? kita berdoa moga ALLAH permudahkan jalan bagi mereka.

ok.tutup bab ni.agak berat jugak sebenarnya.daurah selama dua hari berakhir sekitar jam 1pm.alhamdulillah, sempat jumpa ramai cikgu-cikgu.ada mesyuarat rupanya.sempat cikgu rosmawar, guru sejarah tingkatan tiga juga guru usrah penulis selama tiga tahun tegur; awat muka dah lain? apa yang lainnya cikgu.tembam sikit je kot.heh.ada-ada je.

petang, lepas checkout dari rumah tumpangan, penulis bersama lima yang lain bergerak ke chuping menziarahi rakan yang baru pulang dari kem btn.insyaALLAH, bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang biotech di australia.jujurnya, kami sesat pada mula perjalanan.salah masuk lorong.mungkin keliru dengan lorong-lorong yang berhampiran kedudukannya antara satu sama lain ditambah dengan kewujudan kilang yang hampir serupa bentuknya.untuk makluman, di perlis terdapat tiga kilang besar iaitu kilang arak, simen dan gula.walaupun lima tahun mengaji di perlis, penulis masih tidak bisa membezakan ketiga-tiganya.

oh..ohh..ohhh.sebelum terlupa, di perlis musim durian baru sahaja bermula.berbeza dengan wilayah tengah yang sudah bermula sejak april lagi.maka kedatangan kami disambut dengan bau harum durian since rumah fatin dikelilingi dusun buah-buahan.tapi kami cuma makan pelam harum manis sahaja keranan tiada siapa yang berkebolehan untuk membukanya.mak dan ayah fatin tiada di rumah.memenuhi undangan kenduri.sebelum pulang, rakan kami aisyah yang sememangnya hantu durian membalut dua biji durian untuk dimuatkan dalam beg pakaiannya untuk dibawa balik ke pulau pinang.hendak seribu daya katanya.heh.masih tidak berubah.

mulanya bercadang untuk balik pada hari isnin tetapi terpaksa membatalkan niat tersebut kerana digesa pulang awal.adik penulis demam panas.masuk hari ni, dua hari penulis tidak cukup tidur(pada malamnya sahaja kerana telah diqada pada sebelah siangnya).hari pertama adik demam, penulis mengikut ayah membawa adik ke hospital seawal jam empat pagi.surprisingly, cuma ada beberapa orang sahaja di kawasan kecemasan tersebut.jika sebelumnya penulis membayangkan wad kecemasan akan sentiasa sibuk 24jam.dengan orang nak bersalinnya, kemalangan, patah tangan dan kaki, demam meracau-racau dan sebagainya.tapi sebaliknya.mungkin penulis banyak terpengaruh dengan cerita berunsur kedoktoran seperti code blue dan gray's anatomy.mungkin juga kawasan tempat penulis tinggal tidak banyak kes-kes kecemasan berbanding di kawasan bandar seperti kuala lumpur.

pagi tadi, terima panggilan dari abah(panggilan kepada ayah angkat yang tinggal di yan).telefon berbunyi sekitar jam 8.30pg.mulanya penulis tak perasan pun panggilan dari abah.mamai.kalau ikutkan, hari sebelumnya abi or umi yang akan call untuk makesure adik makan ubat.so, assuming abi yang call.tapi tiba-tiba je suara perempuan yang bagi salam berkali-kali.ok, compute, compute.takkan saidati(panggilan untuk nenek sebelah ayah) yang call kot.rupanya mak(panggilan untuk mak angkat) yang call guna nombor abah.hadeih.kantoi tidur lepas subuh.mak tanya bila nak pergi rumah mak.insyaALLAH mak.nak sangat pergi sana, makan buah, pegang lembu, arnab, mandi air terjun,jumpa solehin(mesti dah besar) tapi tengah sibuk.bulan tujuh eh, mak dan abah.

sejak hari pertama kaki dijejak lagi, ayah penulis(abi) telah menyuruh penulis menyenarai pendek perkara yang hendak dilakukan sepanjang cuti ini.ya.penulis juga mahu menjadikan cuti yang panjang ini bermanfaat dan bakal mamberatkan mizan amal soleh kita di akhirat kelak.tapi mungkin akan dikongsi untuk post seterusnya sebagai peringatan bersama.

p/s: panjang post kali ni.agak baku dan sedikit sastera.tetapi tidak berjaya mengekalkan gaya tersebut sehingga ke akhir penulisan.mungkin lain kali.bercadang mengekalkan penggunaan 'penulis' sebagai kata ganti diri dalam penulisan.lebih mudah.

Wednesday, June 8, 2011

credit to the owner

There was a time next to the river;
There was a time in the school hall.
There was that stairwell in that building,
There was that forest in the fall.
The movie house corridor,
The airplane kitchen in the sky.
So many places I'm sure there'll be more
Pieces of earth to testify.

All the earth is a place of prostration,
Every field and meadow, mountain, park, city, farm plantation.
Every roadside, seaside, hillside, walkway,
Any place clean and green can be a place to pray
When I think of every path, where I've ever trot,
I laugh at all the crazy spots I stopped to worship God.

the crazy spots i've prayed by dawud wharnsby ali

***
tempoh hari jalan-jalan di sogo bandaraya dengan cik fitriah.memang jalan sungguh.naik ke tingkat paling atas dan turun tingkat demi tingkat.dari tingkat enam hinggalah ke ground, lower ground juga basement.heh.boleh tahan la penat.sampai masa nak solat zohor, jenuh cari surau.try tanya kat akak jurujual tu..

me: akak, tumpang tanya.surau kat mana ye?
akak: emm...(tangan lipat baju sambil mata melilau kiri kanan.cari signboard agaknya) tak pasti la dik.
me: oh! takpelah.terima kasih. 

its kind of weird actually because i'm prety sure that you are muslim too.thats why i'm asking you.plus, you are the only one yang tak layan pelanggan time tu.maaf akak.tak berniat pun nak malukan akak.tapi, pujian untuk akak kerana masih berbudi bahasa walaupun dalam keadaan malu.kalau mira la, memang malu.
moga ALLAH mempermudah jalan akak.

***
alhamdulillah.tahun satu berakhir sudah.berakhir tanpa viva juga re-sit paper.jazakumullah khair kepada semua.moga ALLAH terima usaha kita sebagai amal soleh.preclinical year, here we go!

p/s:off to perlis for tamrin this weekend.terengganu, no days yet.

Friday, June 3, 2011

rindu bertamu

jannah berbaju orange+hitam
jumaat.3june2010.around 9pm.
dapat satu panggilan dari maryam jameelah.time tu tengah online sambil menonton rancangan seram kt ntv7.suara maryam macam tersekat-sekat, so move ke ruang tamu.
"mira, tahu tak pasal jannah?"
"jannah?tak pun.kenapa?"
"jannah accident kat langkawi petang tadi.masuk icu"
"ya ALLAH! macam mana boleh accident?"
"jannah main gocart dengan kawan-kawan kolej mara banting dia, baru lepas habis community service"
"dahtu, sekarang macam mana?"
"mira, jannah dah meninggal maghrib tadi.."
"tipu!..maryam tipu.."
"kami tak tipu mira.jannah dah meninggal.."
***
mana mungkin saat itu hilang dari memori.detik akhir bersua muka time reunion dekat taski arraudhah, gombak dua bulan sebelumnya.sembang pun tak lama.diorang plan nak pergi pesta buku.
"mira, doakan jannah tau!"

seorang nuruljannah di mata nurul a'mirah.
tetap, yakin dan tegas dengan pendiriannya.amat concern tentang kebersihan diri dan kawasan sekitar.seorang kawan yang baik.sangat baik.jannah ever said, seorang kawan yang baik adalah kawan yang membetulkan kawannya bukan yang membenarkan kawannya.akan bernazar untuk setiap barang beliau yang hilang di asrama, especially stokin putih.sangat bersungguh dalam setiap perkara.suka main bola jaring.

memori bersama.
1.sama-sama masuk kelas lewat hampir setiap pagi gara-gara tak puas hati dengan kebersihan asrama.its a must to pay a visit to rumah lalat every morning.
2.sama-sama tanam bangkai kucing yang reput+busuk+berulat bawah ampaian together with timahani, tuyah, timahk, naja and syafiqah talib in between exam spm.i wonder why kita tanam kat area kebun asrama?
3.antara top three yang selalu dapat tugasan cuci toilet untuk amal jama'ie setiap ahad.jenuh dah ubah kedudukan dalam bulatan.but still dapat tugasan no.4:cuci toilet.hee.even ubah tugasan cuci toilet jadi no.1 pun korang still dapat jugak.ingat lagi usik-usik time tu, sebab korang (jannah, timahk, saralee) cuci toilet bersih sangat.
4.pernah gaduh.masing-masing penat lepas anjur program untuk adik-adik.mira pulak memang tak boleh orang lain tinggikan suara.but then, mira mengalah.mana boleh merajuk lama-lama.gaduh lepas asar, lepas maghrib terus mintak maaf.
5.time tu dekat sangat dah nak pmr.hampir satu kelas gilir-gilir demam.masing-masing jaga masing-masing.mula-mula mira demam.jannah antara yang tolong jaga.mira tak sedar sangat siapa yang tolong jaga mira time demam.bila dah sihat, dapat tahu jannah demam dari sebelum mira sihat lagi.malahan lebih teruk dari mira.sampai tak boleh bangun dari katil.
6.jannah kalau miss waktu makan, memang kena gastrik.teruk sangat.pernah mira mintak kat warden bancuhkan air halia sebab mira ingat jannah masuk angin.tapi, warden tak bancuh air halia pun.dia bancuh air barli.sedap.
7.jannah allergy pada ubat.tapi mira tak ingat ubat apa.mula-mula kitorang ingat jannah kena kelopak garam.gatal-gatal satu badan.habis tompok-tompok merah badan.macam mana entah boleh conclude jadi allergy pada ubat at the end.
8.barang-barang jannah.sunsilk hijau, softlan orange, seluar kotak-kotak, pen pilot biru.each time mira jalan shopping dengan kawan-kawan, try sangat cari softlan orange.tapi tak pernah jumpa.tak pernah.rindu bau itu.
9.jannah sangat suka cerita thriller.antara pengarang yang diminati, ramlee awang mursyid dan faisal tehrani.
10.sangat suka pesta buku dan barang percuma.dari beg, pencil case, pen dan buku, semuanya percuma.
11.berada dalam group meja study yang sama dengan safwa dan fatin.meja kita nama al-hadid.
12.rumah jannah kat baling, kedah.tak dapat siaran tv selain tv1 dan tv2 sebab lindung bukit.hee.
13.jannah pakai jam tangan digital.time form one, mira ingat lagi jam jannah warna orange.then time form five, somebody gave her black digital watch as a gift.
14.lima tahun berturut-turut kita sambut birthday sama-sama dengan ahli bulan ogos yang lain dan masuk tahun ni dua tahun mira sambut tanpa jannah.
15.jannah sangat suka aiskrim 20sen.jannah pernah cakap, kalau jannah masuk syurga nanti jannah nak mintak aiskrim 20sen banyak-banyak.pernah jugak ada barang yang harganya mahal seringgit dari biasa, tahu jannah cakap apa? "seringgit? boleh beli lima lagi aiskrim 20sen!"
16.dah masuk bulan rejab ni, teringat kita selalu puasa 10hari pertama sama-sama dan mira tak pernah cukup 10hari pun.kalau tak silap, jannah dengan nissa' je yang penuh 10hari.

walaupun tak berkesempatan iring jannah ke kubur, alhamdulillah abi bawa satu family pergi ziarah family jannah dua tiga hari lepas tu kat baling.terima kasih abi.time ziarah, dua orang adik jannah baru lepas demam.mak jannah cakap demam terkejut.banyak yang makcik kamaliah(mak jannah) share time ziarah yang tak dapat dicoretkan kat sini.yang pasti, jannah seorang anak, kakak dan adik yang baik dalam keluarganya.

astaghfirullahal'azim.

Thursday, June 2, 2011

selamat datang rejab!

dari Anas r.a,
bahawa Rasulullah saw apabila menjelangnya bulan rejab, 
baginda berdoa;
 
Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban, wa ballighna ramadhan
 
ya Allah,
rahmatilah kami dalam bulan rejab dan syaaban 
dan sampaikanlah kami ke bulan ramadhan
 
-hadith riwayat Ahmad dan Tabrani-


teringat

teringat.
time form four, kelas kitorang paling dekat dengan koperasi.time break je suka singgah melawat.ada satu hari tu, koperasi start jual sticker comel yang ada advice on it.sangat tertarik dengan satu sticker.
as always, it knocks me.
people do make mistakes.that's why they put eraser on a pencil.
sungguh, ALLAH suka beri teguran secara halus.pernah, darjah empat dulu.cikgu subjek kajian tempatan tegur kami sekelas (tak ingat dah sebab apa) dan bercerita tentang amal yang kita lakukan di dunia ini akan kekal hingga ke yaumul hisab.once kita buat jahat, tak boleh dah patah balik.maksudnya, tak boleh padam dah.ingat lagi, cikgu siap demo ambik liquid paper dan bawa ke bahu kiri, "tolonglah malaikat, padam balik amal aku pagi tadi.aku janji tak buat lagi dah".hee.boleh ke?

kadang-kadang dari kesalahan orang lain, kita belajar.kadang-kadang dari masalah orang lain, ALLAH hantar pesanan dan teguran.dan dalam kadang-kadang tu, selalu jugak kita tak ambil pengajaran daripadanya.

tadi tengok cerita nanny 911.teringat satu kisah.ada seorang cikgu kat sekolah dulu.anak-anak dia memang nakal dan keras kepala macam budak-budak dalam cerita nanny 911 tu.sampai maki hamun dan pukul parents sendiri.ok, tipu je.sebenarnya, just nak petik kata-kata cikgu tu, cikgu yang saya cukup hormati.cikgu cakap, kita tak boleh layan anak kecik macam budak besar dan layan anak besar macam budak kecik.anak kecik makan comot, buat sepah.tak boleh la nak marah.sebab dia masih kecik, tak tahu lagi.anak besar nak main kat luar rumah dengan kawan, kita tak bagi.sedangkan dia dah besar.tahu beza selamat dan bahaya.

once again.people do make mistakes.that's why they put eraser on a pencil.have that kind of pencil? 

p/s:waktu tu masih imagine malaikat duduk bertenggek atas bahu kiri kanan.siapa yang bahu berat belah kiri mesti banyak buat dosa.heh.budak-budak.