Tuesday, June 14, 2011

genap seminggu..

baru dua hari menjejak kaki dirumah, penulis pergi bertamrin di perlis.menghadiri daurah rejab, yang dianjurkan khusus untuk para lepasan stam 2010 sebagai persediaan melangkah ke alam pengajian tinggi.setahun raasanya tidak menjejak kaki di bumi itu.baunya masih sama.cuma sunyi tanpa kehadiran penghuninya.cuti sekolah.

mendengar penyampaian dari ustaz omar hj.salleh bertajuk akhlak seorang da'ie membuatkan penulis mengimbau zaman persekolahan dulu.setiap hari sabtu, akan ada majlis ilmu umum(tapi wajib bagi para pelajar) yang dipanggil ijtima'am.tajuk-tajuk yang dikupas pun taklah seberat tajuk tamrin kali ni.lebih kepada perkara-perkara asas seperti ikhlas, riya', thaharah, syirik, akidah salimah, jahiliyah dan sebagainya.tapi penulis sekadar nampak ustaz dari jauh sebab pelajar lelaki yang memenuhi barisan hadapan.yang pasti, ustaz baca kitab sambil pejam mata.tapi dalam daurah tersebut, sampai boleh kira kedut di muka ustaz.ok, tipu je.jelas terpancar garis-garis usia di wajah ustaz dan masih seperti dulu, pejam mata sambil baca kitab.dah lama tak jumpa cikgu-cikgu.masih mengajarkah?

ok.berbalik kepada tajuk yang ustaz kupas.sebelum masuk kepada tajuk yang sebenar, ustaz ada menyentuh berkenaan kepentingan berdakwah.ye la.sebelum cerita tentang akhlak seorang da'ie, kena tahu dulu kepentingannya.dalam buku usul dakwah oleh dr. abdul karim zaidan, ada tiga kepentingan dakwah yang digariskan oleh ustaz.kenapa kita kena berdakwah, sebab..
1.membimbing masyarakat keluar dari kegelapan jahiliyah kepada cahaya hidayah ALLAH.
2.tidak membiarkan syirik, kufur, jahiliyah bermaharajalela ataupun berleluasa.
3.terhindar dari kebinasaan dan azab ALLAH swt.

ya.kemungkaran berlaku di sekeliling kita.dan kita tidak sekali-kali membenci pelaku kemungkaran tersebut.tetapi jangan pernah sekali-kali kita redha dengan kemungkaran yang dilakukan.apa yang kita buat? kita berdoa moga ALLAH permudahkan jalan bagi mereka.

ok.tutup bab ni.agak berat jugak sebenarnya.daurah selama dua hari berakhir sekitar jam 1pm.alhamdulillah, sempat jumpa ramai cikgu-cikgu.ada mesyuarat rupanya.sempat cikgu rosmawar, guru sejarah tingkatan tiga juga guru usrah penulis selama tiga tahun tegur; awat muka dah lain? apa yang lainnya cikgu.tembam sikit je kot.heh.ada-ada je.

petang, lepas checkout dari rumah tumpangan, penulis bersama lima yang lain bergerak ke chuping menziarahi rakan yang baru pulang dari kem btn.insyaALLAH, bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang biotech di australia.jujurnya, kami sesat pada mula perjalanan.salah masuk lorong.mungkin keliru dengan lorong-lorong yang berhampiran kedudukannya antara satu sama lain ditambah dengan kewujudan kilang yang hampir serupa bentuknya.untuk makluman, di perlis terdapat tiga kilang besar iaitu kilang arak, simen dan gula.walaupun lima tahun mengaji di perlis, penulis masih tidak bisa membezakan ketiga-tiganya.

oh..ohh..ohhh.sebelum terlupa, di perlis musim durian baru sahaja bermula.berbeza dengan wilayah tengah yang sudah bermula sejak april lagi.maka kedatangan kami disambut dengan bau harum durian since rumah fatin dikelilingi dusun buah-buahan.tapi kami cuma makan pelam harum manis sahaja keranan tiada siapa yang berkebolehan untuk membukanya.mak dan ayah fatin tiada di rumah.memenuhi undangan kenduri.sebelum pulang, rakan kami aisyah yang sememangnya hantu durian membalut dua biji durian untuk dimuatkan dalam beg pakaiannya untuk dibawa balik ke pulau pinang.hendak seribu daya katanya.heh.masih tidak berubah.

mulanya bercadang untuk balik pada hari isnin tetapi terpaksa membatalkan niat tersebut kerana digesa pulang awal.adik penulis demam panas.masuk hari ni, dua hari penulis tidak cukup tidur(pada malamnya sahaja kerana telah diqada pada sebelah siangnya).hari pertama adik demam, penulis mengikut ayah membawa adik ke hospital seawal jam empat pagi.surprisingly, cuma ada beberapa orang sahaja di kawasan kecemasan tersebut.jika sebelumnya penulis membayangkan wad kecemasan akan sentiasa sibuk 24jam.dengan orang nak bersalinnya, kemalangan, patah tangan dan kaki, demam meracau-racau dan sebagainya.tapi sebaliknya.mungkin penulis banyak terpengaruh dengan cerita berunsur kedoktoran seperti code blue dan gray's anatomy.mungkin juga kawasan tempat penulis tinggal tidak banyak kes-kes kecemasan berbanding di kawasan bandar seperti kuala lumpur.

pagi tadi, terima panggilan dari abah(panggilan kepada ayah angkat yang tinggal di yan).telefon berbunyi sekitar jam 8.30pg.mulanya penulis tak perasan pun panggilan dari abah.mamai.kalau ikutkan, hari sebelumnya abi or umi yang akan call untuk makesure adik makan ubat.so, assuming abi yang call.tapi tiba-tiba je suara perempuan yang bagi salam berkali-kali.ok, compute, compute.takkan saidati(panggilan untuk nenek sebelah ayah) yang call kot.rupanya mak(panggilan untuk mak angkat) yang call guna nombor abah.hadeih.kantoi tidur lepas subuh.mak tanya bila nak pergi rumah mak.insyaALLAH mak.nak sangat pergi sana, makan buah, pegang lembu, arnab, mandi air terjun,jumpa solehin(mesti dah besar) tapi tengah sibuk.bulan tujuh eh, mak dan abah.

sejak hari pertama kaki dijejak lagi, ayah penulis(abi) telah menyuruh penulis menyenarai pendek perkara yang hendak dilakukan sepanjang cuti ini.ya.penulis juga mahu menjadikan cuti yang panjang ini bermanfaat dan bakal mamberatkan mizan amal soleh kita di akhirat kelak.tapi mungkin akan dikongsi untuk post seterusnya sebagai peringatan bersama.

p/s: panjang post kali ni.agak baku dan sedikit sastera.tetapi tidak berjaya mengekalkan gaya tersebut sehingga ke akhir penulisan.mungkin lain kali.bercadang mengekalkan penggunaan 'penulis' sebagai kata ganti diri dalam penulisan.lebih mudah.

2 comments:

nora said...

'penulis'?

haha :D

wah, macam mana baca sambil tutp mata. tu bukan baca kot..tp kte rasa mesti ustaz tu hebat kan?

amboi..bestnya dia jalan2 (jeles!)

dr.mya said...

umur ustaz pun hebat
around 70-80 years old i guess.