Saturday, October 20, 2012

berdoa, pilihan terakhir?

penunggu setia

1 ramadhan 1432.pukul 6.30 petang.

mira: abi, doa sebelum berbuka ALLAH makbul kan?
abi: iye..
mira: abi doakan la mira.
abi: nak doa apa?
mira: doa la apa-apa yang abi nak doa kat mira.
abi: ni nak doa masuk syurga ni..
mira: oh, mesti!

***
berdoa.penghujung kepada usaha.sedangkan, sebelum memulakan sesuatu perkaralah kita seharusnya memohon pertolongan ALLAH swt yang menciptakan kita supaya menuntun kita sepanjang permusafiran ini.bukan setelah semua usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil, barulah kita memohon padaNYA.

kadang, manusia lupa bahawa manusia punya ALLAH sebagai tempat untuk bersandar dan memohon pertolongan.manusia lupa bahawa ALLAH lah yang berkuasa atas segala sesuatu.tapi mengapa manusia masih mengharap bantuan dari yang lain yang belum tentu dapat memberi apa yang diperlukan? sesungguhnya ALLAH maha luas pengampunannya.

teringat.dalam satu episod House MD.seorang atheist sanggup travel jauh hanya untuk berjumpa si doktor berkenaan kondisi isterinya.kemudian, si doktor yang memang maklum akan pesakitnya seorang atheist bertanya, mengapa saya lihat kamu berdoa? si atheist menjawab: saya telah berjanji dengan isteri saya yang saya akan berbuat apa sahaja.dan berdoa adalah tanda yang saya telah buat semua perkara.

***
kita tidak akan pernah merasa rindu akan 'sesuatu' jika kita tidak pernah merasa manisnya 'sesuatu' itu.contohnya, kita tidak akan rasa rindu ingin berjumpa kecuali jika kita pernah merasa manisnya pertemuan itu.

kini merasa rindu.

Sunday, October 7, 2012

'It only takes a few seconds to hurt someone, but sometimes it takes years to repair the damage'
***

bukan saja-saja ALLAH
meletakkan kita dalam bidang itu
mengurniakan kepakaran itu
memasukkan kelemahan itu
memberikan ujian sebegitu
membiarkan kita mengemudi dalam keadaan sebegitu

melainkan ALLAH tahu
kita akan memberikan sesuatu dalam bidang itu
kita bakal membiakkan ilmu-ilmu itu

melainkan ALLAH akan
menemukan kita dengan insan-insan yang ikhlas membantu

melainkan ALLAH mahu
menguatkan kita
kita tahu betapa tingginya kasih-sayangNYA pada kita

ya ALLAH, jadikan hambaMU ini hamba yang bersyukur

***

keaiban diri sendiri sudah cukup menyibukkan diri kita untuk dirawat/diperbaiki daripada mengintip keaiban orang lain
-mu'alajah al-'uyub-

Monday, October 1, 2012

campur-baur

alhamdulillah.
berkesempatan join talk given by dr.zakir naik pada hari sabtu lalu bertempat di kampus uitm, shah alam.honestly, perasaan saya masih bercampur-baur sehingga ke saat ini.bercampur antara kagum dan malu.

kagum dengan kepetahan dan kemampuan dr.zakir naik mengingat every single dalil untuk berhujah.kagum dengan keberanian non-muslims to come over to listen to his talk and to ask questions in front of thousands of muslim.saya sendiri belum pasti akan hadir ke satu perkumpulan yang majoritinya adalah non-muslims hanya untuk mendengar mereka berbincang mengenai agama mereka.juga kagum dengan mereka yang mendalami ilmu comparative religion dan menemui ketenangan hanya dengan membaca terjemahan alquran.sedangkan kita muslims kadang membaca alquran tanpa ingin tahu apa yang kita baca sebenarnya.

malu apabila menyedari bahawa kita sebagai muslims masih tidak menunjukkan contoh yang baik kepada mereka, non-muslims.memetik kata-kata seorang non-muslims; yes, there some christian people who do not practice Christian and there some muslim who do not practice Islam as well.thus, i'm more muslim than muslims then.berkaca mata bila dengar.sedih.sangat-sangat.kita as muslims sendiri yang menjadi fitnah kepada Islam.malu kerana apalah sangat yang kita dah buat untuk menyampaikan Islam kepada mereka.

rasulullah saw mengajar kita supaya berakhlak baik sesama makhluk.tidak kira sesama muslims or non-muslims.even kepada haiwan dan tumbuhan pun kita dianjurkan sedemikian.juga berhikmah dalam setiap tindakan dan menunjukkan qudwah (ikutan) yang baik.

'Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan peringatan yang baik dan bertukar-tukar fikiran dengan mereka dengan baik'  An-Nahl:125

***
kagum dengan mereka yang belajar di luar negara.benarlah kata orang, jauh perjalanan luas pandangan.thats why i love travelling.sesungguhnya, banyak yang kita boleh peroleh hanya dengan memerhati alam ciptaan ALLAH yang luas ni.

terima kasih kepada keluarga mak ndak cik fitriah adibah yang sangat mesra.moga ALLAH memberi kesihatan yang baik dan rezeki yang berkat kepada mereka.

there also some point of view which i prefer not to write it here and keep it myself.

wallahua'lam.