| penunggu setia |
1 ramadhan 1432.pukul 6.30 petang.
mira: abi, doa sebelum berbuka ALLAH makbul kan?
abi: iye..
mira: abi doakan la mira.
abi: nak doa apa?
mira: doa la apa-apa yang abi nak doa kat mira.
abi: ni nak doa masuk syurga ni..
mira: oh, mesti!
***
berdoa.penghujung kepada usaha.sedangkan, sebelum memulakan sesuatu perkaralah kita seharusnya memohon pertolongan ALLAH swt yang menciptakan kita supaya menuntun kita sepanjang permusafiran ini.bukan setelah semua usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil, barulah kita memohon padaNYA.
kadang, manusia lupa bahawa manusia punya ALLAH sebagai tempat untuk bersandar dan memohon pertolongan.manusia lupa bahawa ALLAH lah yang berkuasa atas segala sesuatu.tapi mengapa manusia masih mengharap bantuan dari yang lain yang belum tentu dapat memberi apa yang diperlukan? sesungguhnya ALLAH maha luas pengampunannya.
teringat.dalam satu episod House MD.seorang atheist sanggup travel jauh hanya untuk berjumpa si doktor berkenaan kondisi isterinya.kemudian, si doktor yang memang maklum akan pesakitnya seorang atheist bertanya, mengapa saya lihat kamu berdoa? si atheist menjawab: saya telah berjanji dengan isteri saya yang saya akan berbuat apa sahaja.dan berdoa adalah tanda yang saya telah buat semua perkara.
***
kita tidak akan pernah merasa rindu akan 'sesuatu' jika kita tidak pernah merasa manisnya 'sesuatu' itu.contohnya, kita tidak akan rasa rindu ingin berjumpa kecuali jika kita pernah merasa manisnya pertemuan itu.
kini merasa rindu.
2 comments:
sayang kalau kita meletakkan doa hanya pada hujung usaha semata.
sedang saidina umar mintak kat tuhan supaya diberi taufiq untuk berdoa, bukan mintak doa dimakbulkan.
nampak tak betapa pentingnya doa. waktu senang waktu susah, berdoa. baru nama ingat tuhan. baru namanya hamba yang ikhlas.:)
btw, tu episod last season 3.huhu
betul.cuma manusia sahaja yang lupa.
'jangan terlalu bergantung pada kekuatan kita sebab kekuatan ALLAH itu luar biasa' -quoted-
Post a Comment