Monday, January 30, 2012

ngelat.

pemandu pelancong
study week.ngelat balik rumah.
ajak adik teman naik basikal keliling kampung.menghirup udara segar dan melihat-lihat suasana petang.
tak berapa ingat jalan.lima tahun sekolah menengah di perlis, bakal another lima tahun di ampang.segan nak ngaku negeri sendiri.
adik tunjuk rumah kawan dia, ustazah dia, ustaz tempat dia mengaji.

selisih dengan kawan abi, ustaz sayed karen.juga bersiar-siar keliling kampung.
bezanya, kami berbasikal.itupun dengan dua basikal berasingan.ustaz?
ustaz naik motor bersama tiga anak kecilnya.hee.teringat.

jadi bahan 'student photography'
sekitar tahun 1996.meru, klang.
setiap petang mesti bergilir dengan kakak n adik nak ikut abi naik motor arwah atuk keliling kampung.tengok monyet.seriously, sangat banyak!

heh.bila dapat naik motor, best sangat.trust me.memang best.tapi bila time kena tunggu turn, rasa jam tu tak gerak-gerak.tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul.hadeih.
'tak aci ni, abi bawak diorang lagi jauh.tadi mira naik kejap je'

raya 2010.meru, klang.
subhanALLAH.
nikmat menyimpan dan mengingati memori lama.
tidak mungkin dapat kembali kepada zaman itu meskipun manusia kerapkali cuba untuk menciptanya kembali.
tidak kira sekuat mana usaha untuk kembali, tetap tidak berjaya.

samalah keadaannya kelak.
tika kitab amalan mula dihisab, tika matahari hanya sejengkal dari kepala, dan tika diri hampir ditenggelami peluh sendiri.ketika itu, ada yang meminta dikembalikan ke dunia untuk beramal soleh.dan ada yang berharap untuk tidak diciptakan sebagai manusia, agar segala perbuatannya tika di dunia tidak dihitung mahupun dihisab.ALLAHuakbar..

وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا فَمَأْوَاهُمُ النَّارُ كُلَّمَا أَرَادُوا أَن يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ النَّارِ الَّذِي كُنتُم بِهِ تُكَذِّبُونَ
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".
surah assajdah: 20 

 إِنَّا أَنذَرْنَاكُمْ عَذَاباً قَرِيباً يَوْمَ يَنظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنتُ تُرَاباً
Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".
surah annaba': 40 

mampukah kita pada ketika itu kembali pada 'zaman dunia'?

p/s: heh, tinggi kita dah sama la ktiyah.

Tuesday, January 24, 2012

roomate beranak


jeng3

tadaa!


cantik kan?


nampak KLCC tk?



menara KL?

kredit to cik fitriah for all these lovely pictures^^

Saturday, January 21, 2012


belajar sesuatu dari sesi tazkirah mingguan dalam kelas.

dukacita
satu perkara yang ALLAH campakkan dalam diri insan
tanpa mengira siapa insan itu
tanpa insan itu mampu lakukan apa-apa untuk menghalangnya

merasa senang atas kesenangan adalah senang
merasa susah atas kesusahan adalah senang
tetapi
merasa senang atas kesusahan itulah yang sukar

got an answer


dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu 
dan mendapatkan syurga
yang luasnya seluas langit dan bumi
yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa
iaitu orang yang berinfak di waktu lapang mahupun sempit
dan orang-orang yang menahan amarahnya
dan memaafkan kesalahan orang lain
dan ALLAH mencintai orang yang berbuat kebaikan
dan juga orang-orang yang
apabila mengerjakan perbuatan keji
atau menzalimi diri sendiri,
segera mengingati ALLAH,
lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya
dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain ALLAH?
dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu,
sedang mereka mengetahui.
(surah ali 'imran: 133-135)

ALLAH itu maha baik.

rehab period over!

Monday, January 16, 2012

sekitar mei 2008.
exam midterm form five.sangat-sangat 'lost' in my own world.
rasa sangat down sebab tak study sungguh-sungguh.make a phone call.public phone.
mira: abi, cane ni.tak study sangat pun.exam nak dekat sangat dah ni.
abi: study la sungguh-sungguh.
mira: entahla.rasa macam malas je.
abi: nak exam ni macam kita nak masuk perang.kalau kita tak prepare, samala macam kita masuk perang tapi tak pakai baju perisai, tak bawak pedang.sehelai sepinggang.macam masuk memang untuk mati.dan kita sebenarnya dah kalah sebelum kita start perang lagi.
mira: huhu..[mata masuk habuk]

januari 2012.
even staring at a wall becomes interesting while studying.so true, sarah!

allahumma yusahhil wa yunajjih lana.

Wednesday, January 11, 2012

stress..?

behavioural science.patient management.module 3: stress.problem based learning.
'based on the symptoms shown by dr.A, we can say that she is actually experiencing stress due to several causes related to her work.also, some studies shows that the suicide rate among dentist is high due to stress related to work which directly support the statement'

anda stress?

saya stress?

nope.ALLAH kan ada.

mana mungkin seorang hamba yang meyakini setiap langkahannya, kedip matanya, setiap tutur bicaranya, ada ALLAH yang mengawasi, ada ALLAH yang menemani, punya rasa stress dalam jiwanya.


tidak mungkin.


ALLAH sentiasa ada.kita sahaja mungkin lupa.


saya yakin akan itu.

'(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram.ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenteram'
surah ar ra'ad: 28

Tuesday, January 10, 2012

the sky is blue, i miss u

pintu kelas 5sc fatimah 2008.
pintu cita-cita.
cita-cita those twenty four girls, that turn twenty one this year.
harapnya, for all this while,
cita-cita kita masih sama.
redha dan syurga ALLAH.
***
ada masa kita perlu menangis
agar kita tahu dunia ini
bukan untuk ketawa..
ada masa kita perlu ketawa
agar kita tahu betapa bernilainya
setitis air mata..
ada masa kita perlu seorang teman
agar kita tidak kesunyian
TETAPI..
tanpa kita sedari
ada masa kesunyian
akan membuatkan kita
tidak lupa akan teman kita..

subhanALLAH, rindu bertamu pada seseorang
alfatihah

Sunday, January 8, 2012

my new books

"..we have more degrees,
but less sense;
more knowledge,
but less judgement;
more experts,
but more problems.." 

paradox of time
Dr. Bob Moorehead


-seminar kesejahteraan mahasiswa, SKEMA'11-

Wednesday, January 4, 2012

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dengan AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sebagai satu seni 
sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi- 
 
duhai hati, sembuhlah segera.sungguh perit.

Tuesday, January 3, 2012

sg.congkak 2012
pernah, satu ketika dulu.umur sekolah rendah.
"lihat air yang mengalir, tidak pernah walau sesaat ingkar perintah ALLAH.tetap mengalir mengikut aturannya.anak-anak pernah bayang bagaimana keadaan dunia ini andai makhluk ALLAH ini (air) ingkar perintah ALLAH, mengalir mengikut arah yang bertentangan? atau mungkin mogok tidak mahu mengalir untuk sehari, cuti?"
subhanALLAH.
teringin nak kembali ke zaman itu, berekreasi sambil memerhati kebesaran ALLAH al-khaliq.

benar.awal pelajaran ialah mengenal ALLAH.