Monday, January 30, 2012

ngelat.

pemandu pelancong
study week.ngelat balik rumah.
ajak adik teman naik basikal keliling kampung.menghirup udara segar dan melihat-lihat suasana petang.
tak berapa ingat jalan.lima tahun sekolah menengah di perlis, bakal another lima tahun di ampang.segan nak ngaku negeri sendiri.
adik tunjuk rumah kawan dia, ustazah dia, ustaz tempat dia mengaji.

selisih dengan kawan abi, ustaz sayed karen.juga bersiar-siar keliling kampung.
bezanya, kami berbasikal.itupun dengan dua basikal berasingan.ustaz?
ustaz naik motor bersama tiga anak kecilnya.hee.teringat.

jadi bahan 'student photography'
sekitar tahun 1996.meru, klang.
setiap petang mesti bergilir dengan kakak n adik nak ikut abi naik motor arwah atuk keliling kampung.tengok monyet.seriously, sangat banyak!

heh.bila dapat naik motor, best sangat.trust me.memang best.tapi bila time kena tunggu turn, rasa jam tu tak gerak-gerak.tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul.hadeih.
'tak aci ni, abi bawak diorang lagi jauh.tadi mira naik kejap je'

raya 2010.meru, klang.
subhanALLAH.
nikmat menyimpan dan mengingati memori lama.
tidak mungkin dapat kembali kepada zaman itu meskipun manusia kerapkali cuba untuk menciptanya kembali.
tidak kira sekuat mana usaha untuk kembali, tetap tidak berjaya.

samalah keadaannya kelak.
tika kitab amalan mula dihisab, tika matahari hanya sejengkal dari kepala, dan tika diri hampir ditenggelami peluh sendiri.ketika itu, ada yang meminta dikembalikan ke dunia untuk beramal soleh.dan ada yang berharap untuk tidak diciptakan sebagai manusia, agar segala perbuatannya tika di dunia tidak dihitung mahupun dihisab.ALLAHuakbar..

وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا فَمَأْوَاهُمُ النَّارُ كُلَّمَا أَرَادُوا أَن يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ النَّارِ الَّذِي كُنتُم بِهِ تُكَذِّبُونَ
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".
surah assajdah: 20 

 إِنَّا أَنذَرْنَاكُمْ عَذَاباً قَرِيباً يَوْمَ يَنظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنتُ تُرَاباً
Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".
surah annaba': 40 

mampukah kita pada ketika itu kembali pada 'zaman dunia'?

p/s: heh, tinggi kita dah sama la ktiyah.

No comments: