Sunday, June 19, 2011

sepagi bersama bait al-amin

alhamdulillah.berkesempatan untuk turut meraikan kedatangan ahli bait al-amin ke teluk senangin anjuran HALUAN manjung, perak.mengikuti program seumpama ini mengingatkan penulis kepada program khidmat masyarakat yang dilakukan bersama rakan kampus.juga diceritakan di sini dan sini.bezanya, program hari ini lebih kepada program ramah mesra, bukan untuk promote oral health.

usai majlis pembukaan dan ucapan alu-aluan, aktiviti pun bermula.adik-adik ni menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi.sampai gaduh-gaduh.acara pertama, itik kopi.diorang kena jalan gaya itik menuju ke pinggan berisi gula-gula yang dicampur dengan tepung dan kopi.kesian jugak kat diorang sampai tersedak-sedak merasa kepahitan kopi.plan angah(panggilan untuk anak kedua pengasuh penulis waktu kecil) la semua ni.

acara sukaneka untuk budak lelaki.budak perempuan kena buat layang-layang.bukan buat je, kena naikkan jugak.ada layang-layang yang tak berjaya dinaikkan sebab strukturnya tak kukuh.maklumlah, bahan yang digunakan pun hanya lidi penyapu.ada jugak yang koyak sebab basah terkena ombak.cuba lagi eh.

oh.setiap kumpulan hanya dikehendaki membuat dua layang-layang dalam masa 45minit.nilaian dibuat berdasarkan kreativiti, kerjasama dan kebersihan tempat.markah bonus diberikan kepada kumpulan yang berjaya menaikkan layang-layang mereka.

acara tiup belon sampai pecah.acara ni pun kesian jugak.jenuh nak bagi pecah sebab tak pecah-pecah.semalam waktu teman angah beli barang, kitorang tak jumpa belon yang nipis.yang ada cuma yang tebal-tebal je.at last, beli jugak tapi yang saiz kecik je.itupun lepas diyakinkan oleh makcik jurujual kedai runcit.pandai makcik ni menjual.
acara tarik tali paling semangat.lepas lawan antara kumpulan, adik-adik ni lawan dengan kumpulan gabungan pakcik-pakcik dengan adik-adik yang bersaiz 's'.teka siapa menang? heh.mestilah kumpulan pakcik dan adik-adik 's'.
kali kedua, kumpulan adik-adik lawan pakcik-pakcik tanpa adik-adik 's'.pakcik-pakcik confident je.nanti ada yang tak puas hati kata mereka.teka siapa menang?
 kumpulan pakcik-pakcik diketuai abi-berbaju kuning

kumpulan pakcik kalah.haha.moral of the story, jangan cakap besar.uniknya permainan tarik tali ni, yang menang terlentang, kalah tertiarap.semalam cari tali dengan angah, tak sangka tali dijual ikut timbang.1 kilo, rm19.mahal kan.bukankah lebih senang jual ikut meter.tak faham.
teluk senangin belum begitu membangun.sesuai untuk mereka yang ingin mencari ketenangan.nora dan dib, macam mana dengan plan kita? two months left.
***
alhamdulillah adik sudah sembuh lepas lima hari demam.time teman adik ke hospital cek darah, jumpa dengan ustazah sekolah agama.ustazah asmah.masih maintain seperti dulu.adik janji nak belanja aiskrim sebab jaga dia demam selama seminggu.

"tapi, kalau kak mira nak pilih sendiri aiskrim, bawah dua ringgit tau.adik bukan banyak duit sangat"

tak kisah lah adik.dulu kak amni pun belanja kak mira aiskrim sebab teman dia stay up siapkan homework.
***
"dan ingatlah ketika Kami mengambil janji dari bani israil,'janganlah kamu menyembah selain ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin.dan bertutur katalah yang baik kepada manusia, laksanakan solat dan tunaikanlah zakat"...
surah al-baqarah:83

4 comments:

nora said...

mira! cantik lah layout.i like :)

wahh..semangatnya abi tiup wisel sambil tarik tali.hehe. tu tali ikat lembu mira.memang la mahal.

plan kita? tu la..bes lak tengok pantai.xtau la cmne..duit dalam bank dah abes.haha

dr.mya said...

new layout?
saje.tukar angin.maybe u should too.

nora said...

ye eh? u think so?
tp syg la dgn layout tu..

dr.mya said...

just keep it then.

ha'ah.abi semangat sangat sampai seluar pun koyak.

shh..can u keep it as secret?