Monday, June 27, 2011

mari menjadi bintang!

 
bintang.cantik.berkelip-kelip menghiasi dada langit menemani sang bulan pada malam hari.dalam banyak-banyak bintang, pasti ada satu yang paling terang dan menjadi perhatian kita.

waktu kecil dulu, umur sekolah rendah, suka buat night safari kat luar rumah.cari ulat kat pokok bunga umi, suluh sana, suluh sini.tengok bintang.berebut bintang siapa paling cerah.hadeih.semua orang nak bintang yang paling cerah.rupanya, semua orang pilih bintang yang sama.memang semua yang paling cerah la.

waktu umur sekolah menengah pun, masih suka tengok bintang.tengok dari koridor.pernah hampar tikar kat dataran aspuri untuk study, baring tengok bintang dengan kawan-kawan.tapi time warden takde je boleh buat camni.ramai rupanya yang suka tengok dan jadi bintang ni.

sesetengah manusia suka berbuat suatu kebaikan untuk mencuri perhatian ramai.berbuat baik agar dipuji dan mendapat pengiktirafan dari rakan.berusaha menderma sana sini untuk memenangi hati rakyat.atau dalam kata lainnya, menjadi bintang di mata masyarakat sekeliling.siapa tidak mahu dirinya dikenali?

tidak salah berbuat begitu dan begini.tetapi, kenapa kita tidak cuba untuk put the same effort untuk menjadi bintang di mata ALLAH swt?

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

seharusnya, kita hanya memandang pada nilaian ALLAH semata.samada ALLAH suka dan redha ataupun sebaliknya.bukan pada nilaian manusia sekeliling kita.time sekolah dulu sir rushdi pernah berkata, biarlah satu dunia benci dan marah kita, tapi yang lebih penting ALLAH tak marah.ya! manusia sahaja hampir berbunuhan kerana marah apatah lagi ALLAH yang maha kuasa, yang ajal dan maut kita ditanganNYA.bila-bila sahaja nyawa kita akan ditarik.

biarlah kita tidak menjadi siapa-siapa di mata masyarakat dunia, tetapi ALLAH dan seluruh isi langit kenal dengan kita.macam kisah bilal b rabbah.suaranya dikenali seluruh isi langit.sehingga apabila beliau tiada lagi untuk melaungkan azan, malaikat turun bertanyakan ke manakah empunya suara?

tapi ini tidak bermaksud kita harus mengenepikan perasaan dan pandangan rakan lain dalam usaha kita mendapatkan redha ALLAH.adakalanya, nilaian manusia diperlukan kerana kita membawa syakhsiah islam.

"ada aku kisah? biarlah orang nak cakap apa, nak marah ke, nak terasa ke, aku peduli apa."

adakah ALLAH redha jika kita melukakan hati rakan kita.apatah lagi jika perbuatan kita memancing umpatan rakan lain.saya percaya, jika kita jaga hubungan dengan ALLAH, nescaya ALLAH akan jaga hubungan kita sesama manusia.tetapi sesungguhnya manusia itu tidak lari dari kesilapan.belajarlah untuk memaafkan kerana ketahuilah setiap kali kita memberi maaf, satu dosa kita akan terampun.subhanALLAH.

bukankah ALLAH itu maha baik? jom jadi bintang!

***

Man: “Darling, your teeth remind me of the stars.”
Woman: “Because they gleam and sparkle?”
Man: “No, because they come out at night!”

sourced from dentaltoons.com

No comments: