saya
benar-benar tersentuh.air mata hampir menitis.kata-katanya singkat,
namun padat dan menyentuh.tuan syed bercerita seadanya.perlahan,
seakan-akan berbual ringan.
"cuba ceritakan apa keistimewaan ibu tuan syed?"
"semua ibu istimewa"
"tapi saya ingin benar dengar kisah ibu tuan syed.ya, semua ibu
istimewa tetapi keistimewaan seorang ibu dengan yang lain pasti tidak
sama.apa keistimewaan ibu tuan syed?"
"saya teringat.."
tuan syed mula bercerita,
"satu hari semasa umi sangat uzur dia ingin turun tangga melihat
halaman rumah.sakitnya semakin berat.badannya lemah.saya papah umi
menuruni tangga.tiba-tiba umi berkata..
"ummi risau kalau ummi meninggal nanti siapa yang akan mendoakan kamu"
saya tersentak.benar-benar tersentuh.jika sayalah di tempat ibu tuan
syed itu mungkin kata-kata saya berbeza.mungkin saya akan berkata begini
"kalau ummi meninggal nanti, siapalah di antara anak-anak ummi yang nak doakan ummi.jangan lupa doakan ummi ya?"
tetapi sebaliknya bagi ibu tuan syed di depan saya, dia bimbang kalau
tidak dapat 'memberi', manakala saya bimbang kalau tidak dapat
'menerima'.
"apa kesan daripada kata-kata ibu kepada tuan syed?"
"semenjak itu hingga kini, selepas lima tahun kematiannya, saya tidak
pernah luput mendoakannya setiap kali selepas solat lima waktu.kata-kata
itu sangat terkesan di hati saya"
matanya mula berair.sebak.jiwa saya terpukul.ah, lalainya aku, kekadang lupa juga mendoakan ibu seusai solat lima waktu.
kini setelah hampir sebulan perbualan itu berlalu, hati saya masih
sukar memutuskan siapa yang lebih bertuah, tuan syed yang mendapat
ibunya yang baik atau ibu tuan syed yang mendapat anak yang baik? tapi
hakikatnya, siapa yang menyayangi akan disayangi.siapa yang paling
tinggi kasihnya, dialah yang paling banyak memberi.ya, kita akan lebih
banyak menerima jika kita memberi bukan untuk menerima!
dipetik dari buku 'nota hati seorang lelaki' written by pahrol mohd juoi terbitan telaga biru
setiap hari adalah hari ibu~
No comments:
Post a Comment