Saturday, May 19, 2012

kematian


daripada Tsauban r.a berkata, Rasulullah saw bersabda;
'hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka', 
maka salah seorang sahabat bertanya 
'apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?'.
Nabi saw menjawab, 'bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah swt akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan ALLAH swt akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan'.
seorang sahabat bertanya, 'apakah wahan itu wahai rasulullah?'.
baginda Rasulullah saw menjawab, 'cinta pada dunia dan takut akan mati'.

hadith riwayat Abu Daud

kadang, kita terlalu cintakan kehidupan dunia sehingga tidak sanggup melepaskan keindahan dunia yang kita kecapi untuk sesuatu yang pastinya lebih indah di akhirat kelak.berbelah bahagi untuk meninggalkan dosa serta meragui janji-janji ALLAH.tertanya-tanya, berbaloikah usaha aku selama ini?

 'orang yang bijak adalah orang yang mengolah seni kematiannya'
assyahid imam hassan albanna

andai kematian menjengah,  adakah satu amalan yang kita telah pasti sepenuhnya bahawa ALLAH akan terima? tiada.tiada satu amalan pun yang kita pasti ALLAH akan terima.
justeru, rancanglah cara kematian yang kita inginkan.husnul khatimah atau suul khatimah?

semestinya, apa yang kita inginkan ialah agar setiap amal yang kita lakukan menjadi saham akhirat dan memberatkan timbangan amalan kebaikan kita.kita tidak mahu pulang berjumpa ALLAH dalam keadaan muflis, semua amalan yang kita sangkakan banyak hanyalah sekadar haba'am mansura, menjadi debu-debu yang berterbangan.tidak diterima ALLAH sebagai amal soleh.

'wahai tuhan, aku tak layak ke syurgaMu namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu'

***

tamat kursus pengurusan jenazah anjuran student club dengan kerjasama kolej kediaman.
benar
cukuplah kematian itu sebagai suatu peringatan
hanya dengan mengingati mati mampu menghidupkan kembali hati yang mati

'Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiaha wa'fuanha'


lama tidak bercerita.entah.kadang hati terasa tawar.

No comments: