sering sahaja kami bergaduh
pernah sahaja kami bermasam muka
walau tahu kelemahan saya,
nyata tetap masih menyebut-nyebut kelebihan saya
selalu bersabar dengan kerenah saya
pernah saya menangis di bahunya,
walau saya memilih untuk berahsia, diam tanpa bicara
dia tetap di situ memberi tepukan lembut di bahu tanpa memaksa
saban hari
walau kesibukan menjadi kekangan untuk menyapa
sekadar melihat dia ada di situ,
itupun sudah lebih dari menggembirakan
saya tahu
bukan mudah menebak apa yang ada dalam hatinya
jauh sekali apa yang ada dalam fikirannya
namun satu perkara yang saya pasti
ialah apa yang ada dalam hati ini
maryam jameelah mubarak,
adakah ini yang dinamakan cinta?
bukit broga, 2012

2 comments:
wahh mira...
puitis kamu...
fatimah!
mira pun tak sangka. hee.
Post a Comment