Monday, November 24, 2014

contengan

lama tak menulis. rasa rindu pada masa-masa tika idea menulis mencurah-curah, ada sahaja perkara yang menjentik hati dan fikiran yang suka untuk dicoretkan di sini sebagai rujukan pada masa akan datang.

being a final year student really killed me. me hardly survived in this stressful world. saya sangat tidak suka pada tekanan, sebab kita akan mudah buat sesuatu just in order to achieve the goals or to please other people. sungguh, i do really want to enjoy my study life. i do want to enjoy every single thing yang saya buat. tetapi, ada ketika kita akan menghadapi kesukaran untuk mengikhlaskan diri dalam perkara yang tidak kita gemari. memang sukar untuk buat perkara yang kita tidak gemar jika kita tidak punya motivasi yang tinggi.

ya ALLAH, hanya kepadaMu aku menyembah, dan hanya kepadaMu aku mohon pertolongan. jangan pernah Kau tinggalkan kami walau sedetik cuma, dalam setiap urusan kami. lapangkan dan ringankan urusan kami. tuntunlah kami menuju syurgaMu. aku takut, aku bimbang. aku tahu terkadang aku tak layak tetapi aku ingin juga ke syurgaMu.

ok. i should be studying right now. go away mr.blog. enough writing for refreshment. konon!

No comments: