jumaat.8februari2013.
kursus jati diri dan kesukarelawanan, JDK zon utara di batu ampar resort, kuala kangsar.
seminggu di sini, diri terasa muda.rasa nak sangat patah balik ke zaman itu.melihat adik-adik peserta beraktiviti, teringat zaman muda-muda dulu camping di wang mu, perlis.zaman ketika hamasah masih tinggi.zaman di mana ukhuwah itu sangat erat dalam genggaman.
awal perancangan, nak join aktiviti rekreasi aka trekking and hiking.tapi sungguh, aturan ALLAH sentiasa terbaik untuk hambaNya.ada benda lain yang ALLAH nak suruh kita ponder.tak semua benda yang kita nak dan suka, kita dapat for free.tak challenging tau!
most of the time, saya hanya tersenyum dan termenung.sedikit terhibur dengan kerenah mereka sambil reflect diri.mereka anak kecil, punya dosa yang sedikit jumlahnya.zaman remaja penuh kegembiraan.belum taaruf dengan suasana jahiliyah masyarakat luar.mereka bersih terpelihara.
saya merasakan diri ini lebih pantas menjadi peserta berbanding menjadi fasilitator.masih banyak ilmu perlu ditimba.tidak kurang juga yang ditimba di sana.hati segar mendengar sirah baginda dan para sahabat, walaupun dah dengar banyak kali, dari susuk yang sama dan cerita yang sama, 'rasa' itu tetap ada.aish, bukan adik-adik je yang taknak balik, kitorang fasi pun sama.
satu perkara yang saya noticed, i am not a good speaker.really not.i am not good in delivering message as well.bagi arahan sangat slow, kalah siput.entah, am just being myself.tapi tarbiyah itu sifatnya tiga: mendidik, membaiki dan meningkatkan diri.seorang yang mengikut tarbiyah haruslah tertingkat dirinya.bukan selamanya berada di tahapan yang sama.you need to improve, myself.
suka dengan slot kemasyarakatan.berjumpa orang kampung untuk edar bantuan makanan.mendengar rintihan dan cerita mereka, hati terusik.bersyukur atas nikmat kurniaan ALLAH itu harus ada dalam diri.juga slot cakna palestin, malu dengan seorang pakcik yang buta dan bertongkat.walaupun tanpa penglihatan, setiap kali diceritakan kesengsaraan penduduk palestin dan rintangan-rintangan yang dihadapi oleh team sukarelawan untuk ke sana, pasti pakcik menutur ALLAH! ALLAH! banyak kali.dan setiap kali itulah hati bergetar.paling tersentuh bila pakcik tanya berapa jauh gaza dengan tanah suci al-aqsa.bila penceramah nak tunjuk kat slide jarak antara dua tempat tu, pakcik refuse 'takpe, takyah tunjuk.pakcik bukan nampak pun.cakap je gaza ke masjid aqsa tu macam dari sini ke mana?' saya sendiri tidak pernah kisah jarak tersebut sedangkan pakcik malahan bercita-cita ke sana.
'hikmah orang tua pada semangat orang muda'.kehadiran pakcik makcik ke program juga satu anugerah.perlu pandangan dan nasihat mereka untuk melaksanakan tujuan.juga belajar hormat mereka sebagai yang lebih awal makan garam.aish, teringat macam mana kami barisan fasi bercadang nak buat solat subuh berjemaah di padang dan bacaan ma'thurat dalam sungai selepas subuh.pakcik-pakcik tak bagi.mereka punya alasan keselamatan.hee.maryam, ayah awak ada sekali tau time ni! taaruf itu membahagiakan.tak sangka berpeluang nak taaruf dengan makcik pakcik dari penang.makcik pakcik dari perak pun belum semua saya kenal..
dan perkara paling best berlaku pada hari terakhir program.ALLAH nak bagi hadiah.biasalah, kalau dalam cerita pun hero keluar last sekali ;)
pihak program menjemput sir mohd abduh untuk majlis perasmian penutup.rasa kagum itu terbit melihat beliau masih sihat walaupun tidak seperti dulu.alhamdulillah.lepas tamat majlis, saya berdiri selepas bacaan tasbih kifarah.belum sempat nak bergerak, ada orang tepuk bahu.terus toleh dan teka siapa? its makcik sharifah hanifah or so called makcik pah aka isteri sir abduh merangkap makcik halaqah time tingkatan satu dulu.terharu sebab makcik tak pernah lupa.pernah jugak terserempak time kenduri di wilayah tengah sebelum ni dan as usual makcik pah yang akan sapa dulu.hee.saya sendiri masih tersenyum hingga ke saat ini.masih terasa hangat pelukan makcik tempoh hari.
the conclusion: kuala kangsar menggamit hati.keletah mereka mengoyak senyum.mereka sangat dekat di hati.
oh, lagi satu.seriously, setiap kali nampak pisang mesti sengih.itu memang takleh elak.
ok.tahu.cerita dah basi.
2 comments:
huhu... zaman muda-muda...? skrg ni?
sekarang ni zaman tua dah.
tapi mana boleh lawan ktiyah, ktiyah kn lg tua?
hee.dont worry, mira belum lupa the fact ;)
Post a Comment