Monday, February 25, 2013

here i am.back again in ampang after two weeks holiday spent in kuala kangsar and temerloh.

lima hari berada di bandar temerloh atau nama timangannya bandar ikan patin cukup untuk membuatkan diri ini sekali lagi bersyukur atas setiap aturan ALLAH.

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
bersyukur tidak ditakdirkan berada dalam bidang perubatan.sejujurnya, saya tidak kuat.tidak kuat bermain dengan emosi.

my first day at hospital temerloh, berkaca je mata sepanjang session.merasa kematian itu seakan menghampir each time.ada sekali tu, time ikut doktor pelatih clerking patient dengan specialist, kawan bisik cakap 'mira, patient kat katil depan dah meninggal'.ALLAH, baru pagi tadi nampak anak dia lap badan dan sembang-sembang dengan pesakit.sungguh, kematian itu sangat dekat dan pasti.

rasa terharu melihat anak-anak sanggup menunggu dan menemani ibu bapa mereka dalam keadaan mereka juga ada tanggungjawab lain untuk dilaksanakan.rasa kagum dengan ibu bapa yang berjaga untuk teman anak mereka yang koma sedangkan apabila usia mereka telah lanjut, seharusnya kita sebagai anak yang menggalas tanggungjawab itu bukan lagi mereka.cukup tabah dan kuat sehingga masih mampu mengukir senyum walaupun anak mereka dalam keadaan koma.

hati terusik melihat perubahan riak muka keluarga pesakit bila doktor menyampaikan berita bahawa pesakit tidak dapat bertahan lebih lama.seorang demi seorang waris pesakit datang melawat.hati ini tidak kuat.segera berpaling dan menjauh.seorang doktor perlu stabil emosinya, control emosi sendiri juga emosi patient.ada juga patient muda, umur belasan tahun yang admitted sebab sakit dada pada awalnya but then menurut doktor menghidap kanser paru-paru.ALLAHurabbi.kita yang alhamdulillah sihat tika ini belum tentu sihat for the next few seconds.

the only excitement comes apabila jumpa patient yang keadaannya sama seperti yang digambarkan dalam buku.teruja sangat sebab sama macam dalam gambar.jumpa uncle yang the whole body kuning sebab menghidap jaundice, bengkak tangan dan kaki sebab edema, perut kembung sebab ascites, ada jugak patient yang menghidap thalessemia tapi ALLAH tak izin nak jumpa sebab dah discharge.

alhamdulillah, being a dentist (in the future, insyaALLAH) is not that tough.hendak menyampaikan berita kepada patient bahawa giginya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dicabut tidak sesukar menyampaikan berita yang patient hanya punya beberapa bulan sahaja untuk hidup.

melihat kepada management hospital, u guys need to improve.do not delay the treatment.we are talking about people's life over here.to all the staff, u guys need a smile.

ooh, one more thing that i like about temerloh is the food.walaupun at most of the place harga makanan agak mahal walaupun tanpa ikan patin, i do eat a lot.especially the cendol.ok, this is minum bukan makan.ingatkan makanan kat cafe hospital akan jadi kurang rasa sebab dia makanan hospital, tapi it is not.hee.

tidak dilupakan, kedai buah-buahan segar dan pasar malam kat tepi sungai pahang.sangat mengujakan.dan for sure, rakan-rakan classmates yang osem.

p/s:
1. cuti hari tu, first time dapat warning.abi dan ummi suruh makan banyak sebab badan dah susut.mungkin sebab baru lepas exam.the result? alhamdulillah.
2. time check folder sorang patient, memang ingat nurse salah kira umur patient sebab patient lahir tahun 1990 tapi nurse tulis umur dia 23 tahun.rupanya, diri sendiri tak ingat umur dah 22 tahun.aiyoo, sudah tua ma.
3. kat kuala kangsar pun ada cerita.nantilah.

No comments: