Wednesday, June 13, 2012

teringat.tahun 2005.umur form 2.

disebabkan rasa bersalah terhadap seorang kawan gara-gara terlepas turn untuk iron baju, penulis dengan rasa besar hati telah menolong meng'iron' baju beliau tanpa pengetahuan dirinya.mahu bikin surprise la kononnya.tetapi, apa yang berlaku selepasnya bahkan lebih menambah rasa bersalah dalam diri penulis.

baju beliau telah 'hangit'.tanpa sengaja.niat penulis yang pada awalnya ingin membantu beliau, bertukar menjadi sebaliknya.penulis pula yang kaget.selepas termenung dan berusaha menstabilkan emosi sendiri, mengumpul kekuatan untuk berterus-terang, kaki menapak menuju ke musolla.

selepas asar, di koridor kelas menghadap rumah ustazah aminah.di situlah perbualan seterusnya berlangsung.

mira: ena, mira ada benda nak cakap tapi mira takut la.
ena: ish, ngada-ngada.cakap je la.
mira: tadi, kan mira terlupa turn iron ena.pastu ena g kelas.then, mira tolong ironkan baju ena.pastu, ....
ena: haaaa!? (air muka dah berubah sebab macam dah boleh agak ayat seterusnya)
mira: pastu, pastu, baju ena terbakar.mira mintak maaf.sangat-sangat.sangat.
        (sambil tutup mata sebab tak sanggup nak tengok reaksi muka dia)

dan seterusnya, penulis sendiri dah tak ingat.tapi yang masih tersimpan dalam memori adalah baju tersebut adalah baju baru dan emak beliau kata 'takpe, dah nak buat macam mana lagi.dah berlaku.nanti ibu buat lain'.hee.

dan yang paling penting, hubungan kami malah bertambah erat berbanding dulu.

mode: rindu sekolah

No comments: