![]() |
| takleh lawan mata 'ella the lion' |
orang kata, mata adalah pintu kepada hati.
walau mulut menutur bohong, mata berkata sebaliknya.
masih terbayang matanya yang berkaca.
seolah-olah ada sesuatu yang mahu dibicara oleh hatinya.
namun, suara sunyi yang ditutur bibir.
kaki menapak laju, ditahan dirinya dari menoleh.dirinya tekad.
matanya ternampak kelibat seorang tua kurang upaya.
berusaha melangkah kedalam bas menggunakan kakinya yang kecil.
sedang sebelah tangannya memegang tongkat, yang sebelah lagi memaut kuat pada pintu bas.
badannya dilambung.pendaratannya tidak stabil.hampir tergelincir.
astaghfirullah.baru pagi tadi merungut keadaan kasut yang sudah comot.
tangga bas didaki.empangan air matanya pecah.

No comments:
Post a Comment