Saturday, December 31, 2011

 ya ALLAH, Engkaulah Tuhanku (yang sebenarnya)
tidak ada Tuhan (lain) kecuali Engkau sahaja
Engkau yang menjadikan diriku
aku hanyalah hambaMu
aku berusaha sedaya upaya untuk setia memegang janjiMu
aku berlindung kepadaMu ya ALLAH akibat dari kejahatan yang terlanjur telah aku lakukan
ya ALLAH, aku mengaku sekian banyak dosaku, maka ampunkanlah dosaku
tiada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau
-hadith-
daripada Syaddad bin 'Aus RA, daripada Nabi SAW bersabda: (penghulu istighfar iaitu bacaan di atas) sesiapa yang membaca penuh dengan keyakinan setiap pagi dan petang maka sekiranya ia mati di waktu itu, insyaALLAH akan dimasukkan ke dalam syurga.
[riwayat albukhari]
p/s: tipulah kalau tak sedih.tapi tahu bukan perkara yang perlu dirisaukan.fullstop.

No comments: