| cuba teka lembu ada berapa gigi? masih dalam mode hari raya |
satu hari, seorang guru meminta anak muridnya menulis nama orang yang dibenci pada sebiji kentang dan membawanya kemana-mana sahaja selama seminggu.
kalau kita ada dua orang yang dibenci, maknanya kita ada dua biji kentang.
kalau sepuluh orang, sepuluh biji kentang lah kita bawa ke mana sahaja.
para pelajar pun pulang dan mengikut arahan cikgu tersebut.
ada yang sebiji sahaja, ada yang tiga biji.berpuluh biji pun ada.
mereka pun membawa kentang-kentang yang tertulis nama orang yang mereka benci tersebut ke mana sahaja mereka pergi. ke sekolah, ke pasar, taman permainan, pusat membeli belah dan merata lagi tempat yang mereka pergi.
selepas tiga hari, para pelajar tersebut mula merungut.
"cikgu, beratlah kentang-kentang ni.susah nak jalan"
"busuklah kentang ni cikgu"
"cikgu, memang kena tunggu seminggu ke? dah tak larat ni"
tapi, cikgu jawab
"tak boleh, anak murid cikgu kan penyabar.kita tunggu sampai seminggu ye"
selepas seminggu, semua pelajar tak sabar-sabar nak mengakhiri tugasan mereka.
"ok, sekarang buka bungkusan masing-masing"
para pelajar pun membuka bungkusan kentang masing-masing.
"busuknya!" "eei, ada ulat"
"macam tu lah hati kita.kalau kita menyimpan perasaan benci pada kawan kita mahupun dendam pada orang sekeliling, itulah yang akan terjadi pada hati kita.busuk dan berulat.lagi ramai orang yang kita dendam, lagi busuklah hati kita.lagi lama perasaan benci mendiami hati kita, lagi lamalah bau busuk itu bertakhta dalam hati kita.mujur sahaja hati kita tidak kelihatan dan tidak mengeluarkan bau."
ALLAH itu maha baik.
| a closer look.cepat teka ada berapa? |
semalam, nak ambik buah pelaga dalam drawer dapur untuk masak sup lidah lembu(sedap rupanya lidah lembu ni).cari punya cari tapi tak jumpa.rasanya dulu dah pernah label bekas-bekas dalam dapur ni.ada bunga lawang, jintan manis, kayu manis, buah 'plugger', asam keping, bunga cengkih.jumpa tak?
[plugger: use to condense filling (usually amalgam) inside the tooth cavity]
p/s: dah dapat jawapan ke, gigi lembu ada berapa?
3 comments:
mira.
kalo ikutkan gigi lembu takde caries la kan. sbb die mane makan carbohydrate.. so, s.mutan takde function la kan untuk stickykan carbohydrate tu. kan?hehe
*sedap eh sup lidah?hu. xpernh mkn. sup gearbox sdap. berlemak!
gigi lembu ad...ahm...ahm..ahm..
kepala lembu tu terbalik eh
cik fitriah,
ada logiknya teori tersebut.nnt kita try tanya veterinar.
tp still tkleh lawan gearbox.pernah try sup ekor?
290426,
betul dah tu gambar tu.rahang atas lembu.mira pun confuse jgk mula2.
kira jawapan awak berapa batang ni?
Post a Comment