messy week.minggu yang sangat sibuk.alhamdulillah, sibuk menyebabkan kita memanfaatkan sepenuh masa kita dengan perkara yang berfaedah.dalam kesibukan tersebut, sebanyak mana kita selit rasa bersyukur kerana masih punya masa untuk beramal sedangkan ramai dari kalangan kita telah dijemput berjumpa ALLAH swt.
teringat dalam kelas pengajian hadith minggu lepas oleh dr.abdul karim toure,
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Setiap hamba pada Hari Qiamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara :
i-Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu?
ii-Masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu?
iii-Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya?
iv-Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?"
(Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.)
astaghfirullah.
No comments:
Post a Comment